Sunday, 25 March 2012

Cadangan Mesyuarat Keselamatan


No Rumah
Cadangan / Ulasan
11
Edaran no telefon penduduk dan pihak berkaitan kepada semua penduduk.  Simpanan dan rujukan penduduk.
15
Kerjasama dengan pihak RELA untuk membuat kawalan terhadap TSA
7
Kawalan keselamatan dikalangan penduduk. Mohon diwujudkan jadual berkala bagi tujuan kawalan keselamatan terdiri dpd penduduk TSA.
24
Pembinaan pagar disekitar TSA dan pembinaan palang keselamatan dipintu masuk TSA.
40
Permohonan/perbincangan kepada Penghulu Kg Bkt Naga dan pihak berkuasa yang lain berkaitan keselamatan Taman-taman disekitar Bukit Naga. Usaha bersepadu antara penduduk Kg Bukit Naga diharapkan dari pihak berkaitan.
28
Mohon kerjasama penduduk untuk mengambil tanggungjawab terhadap orang luar yang masuk ke TSA. Perlu bertanya kepada orang yang tidak dikenali tujuan datang ke TSA atau mengambil maklumat seperti no plat kereta/motor dan mengecam wajah orang tidak dikenali tersebut.
Memantau anak-anak kecil yang bermain di sekitar TSA berikutan kes culik yang kerap berlaku kebelakangan ini.
5
Penggunaan wisel atau alat pengera yang lain jika berlaku kecemasan.
36
Apakah cara atau kepada siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kes-kes kecemasan dan kemalangan.
10
Pemasangan CCTV di beberapa lokasi yang strategik. Anggaran RM250 kos CCTV tidak termasuk pemasangan dan peralatan komputer. CCTV dari jenis IP based yang boleh merakam, menyimpan dan dipantau dari lokasi yang berlainan.
35
Solat hajat dikalangan penduduk mohon perlindungan dari Allah s.w.t dari sebarang musibah.
26
Pemasangan CCTV dan pagar TSA sebagai keutamaan manakala urusan kawalan keselamatan oleh RELA dan sebagainya dibuat selepas itu.
1
Mengalakkan penglibatan penduduk di dalam majlis tazkirah mingguan TSA.  Selain majlis ilmu ianya juga dapat dijadikan medium untuk berbincang isu-isu keselamatan TSA.

1 comment:

  1. tumpang lalu...

    Sistem sewaan barrier gate
    Kami menyewakan sistem ini dengan kadar yang berpatutan.pihak pelanggan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli peralatan ini.Pihak pelanggan juga tidak perlu membuat bayaran sekiranya sistem rosak, pelanggan hanya perlu membayar sewaan apabila sistem berfungsi.

    Tempoh sewaan-minima satu tahun.

    Deposit-tiada diposit (cagaran tidak di perlukan).

    kadar sewaan-bergantung pada jumlah alat yang hendak di pasang dan kecanggihan alat berkenaan.Kadar berbeza-smart kad-midrange reader-dan smart tag.

    kaedah beroperasi -pemandu akan menyetukan kad pada alat pembaca kad.Palang akan terbuka secara automatik.Selepas kenderaan melepasi palang(barrier gate).Palang akan tertutup secara automatik.Semua data pemandu akan di rekodkan di dalam sistem computer . Berminat hubungi saya melalui telefon(013-4525252) atau email nurdin2020@gmail.com . Saya akan datang ke lokasi pelanggan untuk perbincangan lanjut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...