Friday 30 December 2011

Aktiviti Taman Sri Aman 2011

Kedatangan penyanyi Pak Long ke Taman Sri Aman:


Perkelahan Penduduk ke Air Terjun Gabai Langat:



Pertandingan Bowling Tertutup Taman Sri Aman di Ole-ole Bowling Mall:

Pertandingan Kejohanan Tertutup SepakTakrw Di Ambang Tahun 2012:
 Juara
Naib Juara
Semi Finalist


Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Di Ambang Tahun Baru

Projek Taman Sri Aman 2011

Projek Pembinaan Bumper :


Projek Pembinaan Signboard:


Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat menjayakan projek ini.

Monday 19 September 2011

Jamuan Raya Taman Sri Aman

MEMO
PER : JAMUAN HARI RAYA TAMAN SRI AMAN

Assalamualaikum

Merujuk kepada perkara di atas pihak AJK Taman Sri Aman telah sebulat suara
bersetuju untuk mengadakan majlis sambutan hari raya Aidilfiri:-

Tarikh : 24/9/2011
Tempat : Mini Stadium Taman Sri Aman
Masa : 8pm

Sehubungan dengan itu, mesyuarat AJK taman telah bersetuju untuk membuat kutipan
sebanyak RM30 setiap rumah bertujuan menjayakan majlis tersebut. Pembayaran hendaklah
dibuat sebelum 20/9/11 kepada En. Man Pest rumah no.26.

Diharap dengan sumbangan dan penyertaan dari pihak tuan dapat menjayakan majlis tersebut

* Aktiviti rewang akan bermula 10am (24/9/11) Sekian terima kasih
* Sumbangan yang lebih amat dialu-alukan Ustaz Lek
Pengarah Program Jamuan : En Man Pest
Timb Pengarah : En Black
 Memo dari Black (Timb Setiausaha)

Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin


Selamat Hari Raya AidilFitri Dari J/K Penduduk Taman Sri Aman
Peringatan Semasa Cuti Panjang

·              Salam. Pada kesempatan ini pihak J/K Taman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk taman ini. Juga hati-hati ketika memandu pulang ke destinasi masing-masing. Semoga selamat sampai dan kembali InsyAllah.
·              Sehubungan cuti panjang ini pihak J/K melalui perjumpaan penduduk pada 16 Ogos 2011 yang lalu bersetuju untuk mengutip sebanyak RM20 / setiap rumah bagi sumbangan saguhati  kepada En Fairus (No 37) dan En Rahman (No 29) bagi tujuan pengawasan rumah penduduk taman sepanjang cuti panjang ini. Wang sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada Bendahari Taman (No 26) sebelum 26 Ogos 2011.
·              Mohon kerjasama penduduk untuk memastikan semua pintu dan tingkap berkunci dan segala peralatan elektrik telah dimatikan sebelum pulang bercuti.

Tuesday 12 July 2011

Hari Terbuka ADTEC Shah Alam

Semua Penduduk Bukit Naga dialu-alukan hadir pada hari terbuka ini.

Sunday 10 July 2011

Memo kepada AJK Penduduk


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penduduk Taman akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 17hb Julai 2011 (Ahad)
Masa : 2 ptg
Tempat : Rumah No 47
Kehadiran AJK adalah diwajibkan

Agenda Mesyuarat :
· Program penduduk menghadapi bulan Ramadan.
· Gotong royong sempena bulan Ramadan.

Monday 20 June 2011

Kes Kecurian Kereta En Farul Izwan (No 49)

Pada minggu lepas, salah seorang penduduk taman ini iaitu En Farul Izwan (No 49) telah kehilangan kereta beliau bernombor plat WUG806 model Honda Civic berwarna hitam. Sehubungan itu mohon dimaklumkan kepada semua penduduk jika terlihat atau mempunyai maklumat berhubung kereta ini sila maklumkan kepada beliau atau wakil AJK Taman. Kerjasama penduduk amat dialu-alukan.

Projek Pembinaan Pondok Kawalan Taman

Upacara menaikkan tiang lampu taman

Pada 19 Jun 2011, jam 10.30mlm satu upacara menaikkan tiang lampu pertama diadakan di taman permainan. Aktiviti ini diketuai oleh En Sairi @ bob. Kejayaan pertama projek transformasi taman ini menandakan kejayaan penduduk taman umumnya. Penghargaan kepada En Man pest selaku Projek Manager, En Ari sebagai penyelaras, En Man (43) selaku juruteknik, En Black, En Noor, En Ajis, En Haris dan semua yang terlibat menjayakan transformasi taman ini. Jangan lupa baru pasang satu ada 2 tiang lagi. Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat di dalam projek ini.

Thursday 2 June 2011

Skuad BolaSepak Taman Sri Aman FC

Skuad Taman Sri Aman FC.
Ketua Jurulatih : Rizal Luis @ Black
Ketua Pasukan : Man Pest
Lokasi : Padang ADTEC Shah Alam


Perhatian : Pengawasan anak-anak kecil yang bermain di jalan

Pihak Jawatankuasa Taman ingin mengingatkan semua ibubapa dan penduduk taman ini supaya sentiasa mengawasi aktivti anak-anak kecil ketika bermain di jalan raya taman sri aman ini. Ini kerana terdapat beberapa kes anak-anak kecil ini terlalu hampir dan menghalang laluan kenderaan yang melalui jalan taman ini. Harapan Jawatankuasa kita semua dapat sama-sama memantau aktiviti anak-anak kecil terutamanya apabila bermain diluar rumah demi keselamatan semua pihak terutama anak-anak kecil. Usaha juga sedang dilakukan oleh pihak Jawatankuasa untuk memasang 'Bumper" jalan bagi menghalang kenderaan lalu dengan laju di jalan taman ini. Kerjasama semua amat diharapkan. Terima kasih.

Bacaan Yasin Khas Kaum Wanita pada 2 Jun 2011

Program Bacaan Yasin (kaum wanita) akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat : Rumah No 42
Tarikh : 2 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 8.45 pm (Selepas Solat Isyak)

Kedatangan semua kaum ibu amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih

Sunday 29 May 2011

Pelekat Kenderaan

Biro Keselamatan dan kebersihan akan melaksanakan penggunaan pelekat kenderaan kepada semua penduduk taman. Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk faktor keselamatan dan keselesaan penduduk taman. Tarikh pelaksanaan pelekat kenderaan ini akan dimaklumkan oleh biro keselamatan.

Status Kewangan Taman Setakat 28 May 2011 - Laporan Bendahari


Kutipan yuran persatuan penduduk sehingga 28 May 2011 adalah sebanyak RM950. Mohon kerjasama penduduk untuk membayar yuran bulanan taman ini mengikut masa yang ditetapkan. Segala kerjasama pihak tuan / puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih demi menjayakan aktiviti dan program bagi penduduk taman ini. Bendahari taman ini adalah En Othman @ Man (No 26).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...