Sunday 15 January 2012

Aduan Kerosakan Sebelum Tempoh Jaminan Berakhir

Lagi 2 bulan jaminan dari pemaju utk tmn sri aman akan expired.....apa tindakan dari persatuan bagi memastikan rumah dan persekitaran tmn sri aman yg mengalami kerosakan akan diambil tindakan oleh pemaju.?
Jawapan:
Perhatian kepada semua penduduk. Sila laporkan sebarang kerosakan secara rasmi kepada ajk penduduk untuk dibawa kepada pengetahuan pemaju. Setakat ini masih tiada aduan rasmi dikemukakan. Di blog rasmi persatuan penduduk ada disediakan page borang aduan. Kesemua aduan akan dikumpulkan dan dimajukan sekali. Mohon setiap aduan disertai dengan keterangan yg jelas seperti no rumah, nama pemilik, jenis dan tempat kerosakan. Terima kasih
url utk aduan kerosakan....http://tamansriaman.blogspot.com/p/maklumbalas-penduduk.html 
 SU 

Pertandingan badminton tertutup taman sri aman 2012....

Pertandingan badminton tertutup taman sri aman 2012....

tempat : dewan (masih dalam rancangan dewan bukit naga atau dewan adtec

tarikh : 4&5 / 2 / 2012
...
masa : malam

kategori : beregu lelaki & beregu perempuan.....

*regu akan dipilih secara undian...

*pertandingan diadakan secara liga berkumpulan...

* usia tidak diambilkira (tua atau muda balon aja)...

*yuran penyertaan seorang pemain rm10 ajeee.....

*tarikh tutup pada 1/2/2012

*harap para shabat boleh meletakkan nama anda yg ingin menyertai pertandingan ini di ruangan komen ok....

* sebarang pertanyaan boleh diajukan diruangan FB taman sri aman atau pada anak bongsu abg omar ok.....

majulah sukan untuk negara....
 
Urusetia biro sukan (En Azzam)

Saturday 7 January 2012

Memo Edaran Januari 2012


1)  Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2012 kutipan yuran bulanan penduduk Taman Sri Aman Jln Sg Long 32/154 akan dikurangkan kepada RM10 sebulan. Sehubungan itu mohon kerjasama pihak tuan untuk membayar yuran yang masih tertunggak bagi tahun 2011 kepada bendahari dengan kadar segera. Kadar yuran bagi tahun 2011 masih dikekalkan kepada RM 15 sebulan. Bendahari taman ini adalah En Othman @ Man Pest (No 26) dan juga Pn Rahimah (No 8).

2) AJK Taman Sri Aman juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 semoga aktiviti bagi tahun ini mendapat kerjasama dan sambutan dari semua penduduk taman ini. Sekian terima kasih.

Setiausaha taman

Cadangan Design Sticker Kenderaan Taman Sri Aman


Dilampirkan adalah cadangan sticker kenderaan yang akan digunakan bagi semua kenderaan penduduk. Pelaksanaannya akan di maklumkan kemudian.

Setiausaha taman

Selamat Tahun Baru 2012

Pihak Jawatankuasa Penduduk Sri Aman ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua penduduk taman ini. Harapan JK semoga pada tahun 2012 ini semua aktiviti yang akan dianjurkan akan mendapat sambutan dan kerjasama semua penduduk.

Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...