Sunday 29 May 2011

Pelekat Kenderaan

Biro Keselamatan dan kebersihan akan melaksanakan penggunaan pelekat kenderaan kepada semua penduduk taman. Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk faktor keselamatan dan keselesaan penduduk taman. Tarikh pelaksanaan pelekat kenderaan ini akan dimaklumkan oleh biro keselamatan.

Status Kewangan Taman Setakat 28 May 2011 - Laporan Bendahari


Kutipan yuran persatuan penduduk sehingga 28 May 2011 adalah sebanyak RM950. Mohon kerjasama penduduk untuk membayar yuran bulanan taman ini mengikut masa yang ditetapkan. Segala kerjasama pihak tuan / puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih demi menjayakan aktiviti dan program bagi penduduk taman ini. Bendahari taman ini adalah En Othman @ Man (No 26).

Blog Rasmi Taman Sri Aman


Web rasmi taman sri aman telah dilancarkan pada 10 April 2011 yang lalu. Sebarang maklumbalas , aktiviti dan memo pihak Jawatankuasa Penduduk Taman akan dimuatkan di dalam web rasmi ini. Penduduk juga dimohon untuk menyalurkan sebarang maklumbalas kepada pihak JK melalui web rasmi ini. Web rasmi boleh dicapai melalui URL berikut :
http://tamansriaman.blogspot.com

Kawalan Malam dan Pemasangan Lampu Waktu Malam


Melalui perbincangan diantara wakil semua ketua rumah bersama Jawatankuasa Taman Sri Aman yang diadakan pada 28 May 2011 masa 8.00pm mesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan beberapa perkara. Perkara tersebut adalah:

a) Aktiviti kawalan malam akan diadakan bermula pada minggu pertama bulan Jun 2011. Kaedah pelaksanaan akan diperincikan oleh Biro Keselamatan yang diketuai oleh En Haris Fadhilah (40) dan En Abdul Rahman (29). Keputusan ini dibuat setelah terdapat kes cubaan memasuki rumah oleh pihak yang tidak dikenali pada minggu lepas di rumah no 27. Jadual kawalan akan diedarkan oleh pihak Biro Keselamatan dan akan melibatkan semua penduduk. Mohon kerjasama penduduk untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan aktiviti ini.

b) Mohon kerjasama semua rumah untuk memasang lampu di bahagian belakang dan hadapan semasa waktu malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...