Sunday 25 March 2012

Ringksan tindakan / cadangan dipersetujui


No
Cadangan
Tindakan
1
Perbincangan dengan Penghulu Kg Bkt Naga berkaitan kaedah keselamatan  yang boleh dibantu oleh pihak berkuasa yang lain seperti JKKK Kg dan polis.
Pergerusi dan Timb Pengerusi
2
Cadangan dan aktiviti keselamatan seperti Jadual berkala kawalan keselamatan penduduk TSA. Perlaksanaan kawalan keselamatan dikalangan penduduk dilakukan di dalam tempoh terdekat.
Ketua Biro Keselamatan dan ahli biro keselamatan.
3
Pagar di sekitar taman / Palang di laluan masuk TSA
Soal selidik keperluan terhadap penduduk TSA – SU / Timb SU
Kajian kos pagar TSA – En Razmi
Kajian kos palang TSA – En Mohd Sairi
4
Edaran no telefon penduduk dan pihak berkuasa berkaitan
SU / Timb SU
5
Pemasangan 2 set CCTV di sekitar TSA bertujuan untuk memantau situasi TSA
Kajian kos dan penempatan CCTV – En Dahrol Amir
6
Solat Hajat Penduduk
Berdasarkan jemputan penduduk. Digalakkan penduduk untuk mengadakan bacaan yasin dirumah masing-masing mengikut bersekali dengan solat hajat.
7
Tazkirah Mingguan dijalankan oleh Ustaz yang berlainan dan memberi galakkan kepada semua penduduk untuk menghadiri majlis ilmu tersebut.
Tanggungjawab  semua penduduk
8
Setiap kajian kos yang di hasilkan akan dibincangkan terlebih dahulu dikalangan JK penduduk sebelum dilaksanakan. Ini untuk memberi keutamaan terhadap konsep ‘value for money’.
JK Penduduk.
9
Pemasangan lampu di bahagian belakang dan depan rumah di waktu malam
Tanggungjawab semua penduduk

Cadangan Mesyuarat Keselamatan


No Rumah
Cadangan / Ulasan
11
Edaran no telefon penduduk dan pihak berkaitan kepada semua penduduk.  Simpanan dan rujukan penduduk.
15
Kerjasama dengan pihak RELA untuk membuat kawalan terhadap TSA
7
Kawalan keselamatan dikalangan penduduk. Mohon diwujudkan jadual berkala bagi tujuan kawalan keselamatan terdiri dpd penduduk TSA.
24
Pembinaan pagar disekitar TSA dan pembinaan palang keselamatan dipintu masuk TSA.
40
Permohonan/perbincangan kepada Penghulu Kg Bkt Naga dan pihak berkuasa yang lain berkaitan keselamatan Taman-taman disekitar Bukit Naga. Usaha bersepadu antara penduduk Kg Bukit Naga diharapkan dari pihak berkaitan.
28
Mohon kerjasama penduduk untuk mengambil tanggungjawab terhadap orang luar yang masuk ke TSA. Perlu bertanya kepada orang yang tidak dikenali tujuan datang ke TSA atau mengambil maklumat seperti no plat kereta/motor dan mengecam wajah orang tidak dikenali tersebut.
Memantau anak-anak kecil yang bermain di sekitar TSA berikutan kes culik yang kerap berlaku kebelakangan ini.
5
Penggunaan wisel atau alat pengera yang lain jika berlaku kecemasan.
36
Apakah cara atau kepada siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kes-kes kecemasan dan kemalangan.
10
Pemasangan CCTV di beberapa lokasi yang strategik. Anggaran RM250 kos CCTV tidak termasuk pemasangan dan peralatan komputer. CCTV dari jenis IP based yang boleh merakam, menyimpan dan dipantau dari lokasi yang berlainan.
35
Solat hajat dikalangan penduduk mohon perlindungan dari Allah s.w.t dari sebarang musibah.
26
Pemasangan CCTV dan pagar TSA sebagai keutamaan manakala urusan kawalan keselamatan oleh RELA dan sebagainya dibuat selepas itu.
1
Mengalakkan penglibatan penduduk di dalam majlis tazkirah mingguan TSA.  Selain majlis ilmu ianya juga dapat dijadikan medium untuk berbincang isu-isu keselamatan TSA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...