Monday 20 June 2011

Kes Kecurian Kereta En Farul Izwan (No 49)

Pada minggu lepas, salah seorang penduduk taman ini iaitu En Farul Izwan (No 49) telah kehilangan kereta beliau bernombor plat WUG806 model Honda Civic berwarna hitam. Sehubungan itu mohon dimaklumkan kepada semua penduduk jika terlihat atau mempunyai maklumat berhubung kereta ini sila maklumkan kepada beliau atau wakil AJK Taman. Kerjasama penduduk amat dialu-alukan.

Projek Pembinaan Pondok Kawalan Taman

Upacara menaikkan tiang lampu taman

Pada 19 Jun 2011, jam 10.30mlm satu upacara menaikkan tiang lampu pertama diadakan di taman permainan. Aktiviti ini diketuai oleh En Sairi @ bob. Kejayaan pertama projek transformasi taman ini menandakan kejayaan penduduk taman umumnya. Penghargaan kepada En Man pest selaku Projek Manager, En Ari sebagai penyelaras, En Man (43) selaku juruteknik, En Black, En Noor, En Ajis, En Haris dan semua yang terlibat menjayakan transformasi taman ini. Jangan lupa baru pasang satu ada 2 tiang lagi. Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat di dalam projek ini.

Thursday 2 June 2011

Skuad BolaSepak Taman Sri Aman FC

Skuad Taman Sri Aman FC.
Ketua Jurulatih : Rizal Luis @ Black
Ketua Pasukan : Man Pest
Lokasi : Padang ADTEC Shah Alam


Perhatian : Pengawasan anak-anak kecil yang bermain di jalan

Pihak Jawatankuasa Taman ingin mengingatkan semua ibubapa dan penduduk taman ini supaya sentiasa mengawasi aktivti anak-anak kecil ketika bermain di jalan raya taman sri aman ini. Ini kerana terdapat beberapa kes anak-anak kecil ini terlalu hampir dan menghalang laluan kenderaan yang melalui jalan taman ini. Harapan Jawatankuasa kita semua dapat sama-sama memantau aktiviti anak-anak kecil terutamanya apabila bermain diluar rumah demi keselamatan semua pihak terutama anak-anak kecil. Usaha juga sedang dilakukan oleh pihak Jawatankuasa untuk memasang 'Bumper" jalan bagi menghalang kenderaan lalu dengan laju di jalan taman ini. Kerjasama semua amat diharapkan. Terima kasih.

Bacaan Yasin Khas Kaum Wanita pada 2 Jun 2011

Program Bacaan Yasin (kaum wanita) akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat : Rumah No 42
Tarikh : 2 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 8.45 pm (Selepas Solat Isyak)

Kedatangan semua kaum ibu amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...