|     No   |        Cadangan  |        Tindakan  |   
|     1  |        Perbincangan dengan Penghulu Kg Bkt Naga berkaitan kaedah   keselamatan  yang boleh dibantu oleh   pihak berkuasa yang lain seperti JKKK Kg dan polis.  |        Pergerusi dan Timb Pengerusi  |   
|     2  |        Cadangan dan aktiviti keselamatan seperti Jadual berkala kawalan   keselamatan penduduk TSA. Perlaksanaan kawalan keselamatan dikalangan   penduduk dilakukan di dalam tempoh terdekat.  |        Ketua Biro Keselamatan dan ahli biro keselamatan.  |   
|     3  |        Pagar di sekitar taman / Palang di laluan masuk TSA  |        Soal selidik keperluan terhadap penduduk TSA – SU / Timb SU Kajian kos pagar TSA – En Razmi Kajian kos palang TSA – En Mohd Sairi  |   
|     4  |        Edaran no telefon penduduk dan pihak berkuasa berkaitan  |        SU / Timb SU  |   
|     5  |        Pemasangan 2 set CCTV di sekitar TSA bertujuan untuk memantau situasi   TSA  |        Kajian kos dan penempatan CCTV – En Dahrol Amir  |   
|     6  |        Solat Hajat Penduduk  |        Berdasarkan jemputan penduduk. Digalakkan penduduk untuk mengadakan   bacaan yasin dirumah masing-masing mengikut bersekali dengan solat hajat.  |   
|     7  |        Tazkirah Mingguan dijalankan oleh Ustaz yang berlainan dan memberi   galakkan kepada semua penduduk untuk menghadiri majlis ilmu tersebut.  |        Tanggungjawab  semua penduduk  |   
|     8  |        Setiap kajian kos yang di hasilkan akan dibincangkan terlebih dahulu   dikalangan JK penduduk sebelum dilaksanakan. Ini untuk memberi keutamaan   terhadap konsep ‘value for money’.  |        JK Penduduk.  |   
|     9  |        Pemasangan lampu di bahagian belakang dan depan rumah di waktu malam  |        Tanggungjawab semua penduduk  |   
Sunday, 25 March 2012
Ringksan tindakan / cadangan dipersetujui
Cadangan Mesyuarat Keselamatan
|     No Rumah  |        Cadangan / Ulasan  |   
|     11  |        Edaran no telefon penduduk dan pihak berkaitan kepada semua   penduduk.  Simpanan dan rujukan   penduduk.  |   
|     15  |        Kerjasama dengan pihak RELA untuk membuat kawalan terhadap TSA  |   
|     7  |        Kawalan keselamatan dikalangan penduduk. Mohon diwujudkan jadual   berkala bagi tujuan kawalan keselamatan terdiri dpd penduduk TSA.  |   
|     24  |        Pembinaan pagar disekitar TSA dan pembinaan palang keselamatan   dipintu masuk TSA.  |   
|     40  |        Permohonan/perbincangan kepada Penghulu Kg Bkt Naga dan pihak   berkuasa yang lain berkaitan keselamatan Taman-taman disekitar Bukit Naga.   Usaha bersepadu antara penduduk Kg Bukit Naga diharapkan dari pihak   berkaitan.  |   
|     28  |        Mohon kerjasama penduduk untuk mengambil tanggungjawab terhadap orang   luar yang masuk ke TSA. Perlu bertanya kepada orang yang tidak dikenali   tujuan datang ke TSA atau mengambil maklumat seperti no plat kereta/motor dan   mengecam wajah orang tidak dikenali tersebut.  Memantau anak-anak kecil yang bermain di sekitar TSA berikutan kes   culik yang kerap berlaku kebelakangan ini.  |   
|     5  |        Penggunaan wisel atau alat pengera yang lain jika berlaku kecemasan.  |   
|     36  |        Apakah cara atau kepada siapa yang perlu dihubungi jika berlaku   kes-kes kecemasan dan kemalangan.  |   
|     10  |        Pemasangan CCTV di beberapa lokasi yang strategik. Anggaran RM250 kos   CCTV tidak termasuk pemasangan dan peralatan komputer. CCTV dari jenis IP   based yang boleh merakam, menyimpan dan dipantau dari lokasi yang berlainan.  |   
|     35  |        Solat hajat dikalangan penduduk mohon perlindungan dari Allah s.w.t   dari sebarang musibah.  |   
|     26  |        Pemasangan CCTV dan pagar TSA sebagai keutamaan manakala urusan   kawalan keselamatan oleh RELA dan sebagainya dibuat selepas itu.  |   
|     1  |        Mengalakkan penglibatan penduduk di dalam majlis tazkirah mingguan   TSA.  Selain majlis ilmu ianya juga   dapat dijadikan medium untuk berbincang isu-isu keselamatan TSA.  |   
Sunday, 15 January 2012
Aduan Kerosakan Sebelum Tempoh Jaminan Berakhir
Lagi 2 bulan jaminan dari pemaju utk tmn sri aman akan expired.....apa tindakan dari persatuan bagi memastikan rumah dan persekitaran tmn sri aman yg mengalami kerosakan akan diambil tindakan oleh pemaju.?
Jawapan:
Perhatian kepada semua penduduk. Sila laporkan sebarang kerosakan secara rasmi kepada ajk penduduk untuk dibawa kepada pengetahuan pemaju. Setakat ini masih tiada aduan rasmi dikemukakan. Di blog rasmi persatuan penduduk ada disediakan page borang aduan. Kesemua aduan akan dikumpulkan dan dimajukan sekali. Mohon setiap aduan disertai dengan keterangan yg jelas seperti no rumah, nama pemilik, jenis dan tempat kerosakan. Terima kasih
 url utk aduan kerosakan....http:// tamansriaman.blogspot.com/ p/maklumbalas-penduduk.html 
SU
Pertandingan badminton tertutup taman sri aman 2012....
Pertandingan badminton tertutup taman sri aman 2012....
tempat  :  dewan (masih dalam rancangan dewan bukit naga atau dewan adtec
tarikh    :  4&5 / 2 / 2012
... 
masa    :   malam 
kategori  :  beregu lelaki & beregu perempuan.....
*regu akan dipilih secara undian...
*pertandingan diadakan secara liga berkumpulan...
* usia tidak diambilkira (tua atau muda balon aja)...
*yuran penyertaan seorang pemain rm10 ajeee.....
*tarikh tutup pada 1/2/2012
*harap para shabat boleh meletakkan nama anda yg ingin menyertai pertandingan ini di ruangan komen ok.... 
* sebarang pertanyaan boleh diajukan diruangan FB taman sri aman atau pada anak bongsu abg omar ok.....
majulah sukan untuk negara....
Urusetia biro sukan (En Azzam)
Saturday, 7 January 2012
Memo Edaran Januari 2012
1)  Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2012 kutipan yuran bulanan penduduk Taman Sri Aman Jln Sg Long 32/154 akan dikurangkan kepada RM10 sebulan. Sehubungan itu mohon kerjasama pihak tuan untuk membayar yuran yang masih tertunggak bagi tahun 2011 kepada bendahari dengan kadar segera. Kadar yuran bagi tahun 2011 masih dikekalkan kepada RM 15 sebulan. Bendahari taman ini adalah En Othman @ Man Pest (No 26) dan juga Pn Rahimah (No 8). 
2) AJK Taman Sri Aman juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 semoga aktiviti bagi tahun ini mendapat kerjasama dan sambutan dari semua penduduk taman ini. Sekian terima kasih.
Setiausaha taman 
Cadangan Design Sticker Kenderaan Taman Sri Aman
Dilampirkan adalah cadangan sticker kenderaan yang akan digunakan bagi semua kenderaan penduduk. Pelaksanaannya akan di maklumkan kemudian.
Setiausaha taman
Selamat Tahun Baru 2012
Pihak Jawatankuasa Penduduk Sri Aman ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua penduduk taman ini. Harapan JK semoga pada tahun 2012 ini semua aktiviti yang akan dianjurkan akan mendapat sambutan dan kerjasama semua penduduk.
Terima kasih
Terima kasih
Subscribe to:
Comments (Atom)

