Thursday 2 June 2011

Perhatian : Pengawasan anak-anak kecil yang bermain di jalan

Pihak Jawatankuasa Taman ingin mengingatkan semua ibubapa dan penduduk taman ini supaya sentiasa mengawasi aktivti anak-anak kecil ketika bermain di jalan raya taman sri aman ini. Ini kerana terdapat beberapa kes anak-anak kecil ini terlalu hampir dan menghalang laluan kenderaan yang melalui jalan taman ini. Harapan Jawatankuasa kita semua dapat sama-sama memantau aktiviti anak-anak kecil terutamanya apabila bermain diluar rumah demi keselamatan semua pihak terutama anak-anak kecil. Usaha juga sedang dilakukan oleh pihak Jawatankuasa untuk memasang 'Bumper" jalan bagi menghalang kenderaan lalu dengan laju di jalan taman ini. Kerjasama semua amat diharapkan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...