Sunday 10 April 2011

Memo 1

1) Kutipan yuran bulanan penduduk Taman Sri Aman Jln Sg Long 32/154 telah ditetapkan sebanyak RM15 sebulan. Sehubungan itu mohon kerjasama pihak tuan untuk membayar yuran tersebut kepada bendahari sebelum 15hb setiap bulan. Yuran bulanan akan bermula pada bulan April. Bendahari taman ini adalah En Othman (No 26) - wakil bendahari dan juga Timb Bendahari Pn Rahimah (No 8).

2) Mohon kerjasama semua penduduk untuk mendaftar dan membayar keahlian khairat kematian penduduk Kg Bkt Naga . Borang pendaftaran khairat kematian boleh diperolehi dari rumah Timb Pengerusi En Mohd Sairi (No 47) dan dihantar kepada AJK biro Kebajikan/Sukan untuk tindakan. AJK Biro Kebajikan/Sukan adalah seperti berikut: En Sobri (No 45) Ketua, En Farul Izwan (No 49) Timb Ketua, En Zairi Sheir (No 4), En Mohd Redzuan (No 41), En Abdullah (No 7) dan juga En Abdul Rahman (No 43)

Setiausaha Taman
Azhari bin Hj Salleh

8 comments:

  1. Semasa mesyuarat penduduk pd 20/03/2011 telah melantik En.Haris sebagai bendahari Tmn Sri Aman dan telah disahkan pd mesyuarat AJK kali yg pertama. Bila .?? dan bagaimana En.Othman seorang timb.Biro Keselamatan boleh dilantik sebagai bendahari tanpa makluman AJK terlebih dahulu.? dan kenapa ada pertukaran..?

    ReplyDelete
  2. Perkara ini akan dimajukan kepada pengerusi taman Ustaz Asri. Harap maklum.

    Setiausaha

    ReplyDelete
  3. SU ,

    kenapa time utk send tak betul.? lewat 3 jam dari masa sebenar.

    ReplyDelete
  4. akan dibetulkan. terima kasih atas teguran.

    Setiausaha

    ReplyDelete
  5. Salam SU....ramai penduduk tak dimaklumkan tentang aktiviti persatuan. Cth : kelas mengaji bagi kaum bapa, laman web taman dan banyak lagi. Harap SU dapat membuat hebahan menyeluruh kepada semua penduduk jika ada aktiviti
    .

    ReplyDelete
  6. wsalam

    insyallah..kebelakangan ini sibuk skit. kalau ada aktiviti yang nak dijalankan boleh inform SU utk edaran memo.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...