Thursday, 21 April 2011
Program Bacaan Al Quran
Jawatankuasa Penduduk Taman Sri Aman telah menganjurkan aktiviti bacaan Al Quran khas bagi kaum lelaki taman ini. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membaiki bacaan Al Quran disamping mendalami ilmu berkaitan bacaan tajwid dan sebagainya. Buat masa sekarang program atau aktiviti ini diketuai oleh Pengerusi Taman sendiri iaitu Ustaz Asri. Program diadakan pada setiap hari jumaat selepas solat Magrib (berjemaah). Lokasi program ini diadakan pada rumah yang terpilih pada minggu tersebut. Mohon kerjasama penduduk khususnya kaum lelaki untuk menjayakan program ini sekaligus meningkatkan pengetahuan dan amalan kita di dalam bacaan Al Quran. Insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment