Thursday, 21 April 2011
Jersi Pasukan Taman Sri Aman
Ketika ini pihak biro sukan dan kebajikan sedang didalam proses kajiaan dan penempahan baju jersi pasukan sukan bagi taman sri aman ini. Jersi ini boleh digunakan bagi sebarang aktiviti sukan yang melibatkan penduduk taman. Sehubungan itu mohon kerjasama penduduk taman yang berminat untuk menempah jersi ini supaya dapat menghubungi pihak biro sukan dan kebajikan untuk tujuan ini. Sedikit bayaran dkenakan bagi tujuan penempahan baju sukan ini.
Pelekat Kenderaan
Biro Keselamatan dan Kebersihan ketika ini sedang mengadakan sesi pemantauan dan kajian berkenaan penggunaan pelekat (sticker) kenderaan untuk penduduk taman ini. Penggunaan pelekat kenderaan ini penting untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk dan juga kawalan dapat dilakukan terhadap kenderaan dari luar. Mohon kerjasama penduduk untuk memberi maklumbalas berkaitan hal ini kepada biro keselamatan dan kebersihan. Segala pandangan dan maklumbalas amatlah diharapkan demi keselamatan dan keselesaan penduduk taman.
Program Bacaan Al Quran
Jawatankuasa Penduduk Taman Sri Aman telah menganjurkan aktiviti bacaan Al Quran khas bagi kaum lelaki taman ini. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membaiki bacaan Al Quran disamping mendalami ilmu berkaitan bacaan tajwid dan sebagainya. Buat masa sekarang program atau aktiviti ini diketuai oleh Pengerusi Taman sendiri iaitu Ustaz Asri. Program diadakan pada setiap hari jumaat selepas solat Magrib (berjemaah). Lokasi program ini diadakan pada rumah yang terpilih pada minggu tersebut. Mohon kerjasama penduduk khususnya kaum lelaki untuk menjayakan program ini sekaligus meningkatkan pengetahuan dan amalan kita di dalam bacaan Al Quran. Insyallah.
Bacaan Yassin
Biro Wanita Taman Sri Aman telah bersepakat untuk mengadakan aktiviti bacaan surah yassin beramai-ramai dari rumah ke rumah secara giliran. Program ini hanya melibatkan kaum wanita sahaja. Sebuah rumah akan terpilih untuk menjadi rumah penganjur. Aktiviti ini hanya dilakukan pada setiap hari khamis selepas isyak. Mohon kerjasama setiap rumah terutama kaum wanita untuk melibatkan diri di dalam program ini.
Monday, 11 April 2011
Jemputan Kursus Percuma di ADTEC Shah Alam
JEMPUTAN KURSUS 1 MALAYSIA DI ADTEC SHAH ALAM SECARA PERCUMA
SYARAT KELAYAKAN:TERBUKA KPD SEMUA WARGANEGARA/LEPASAN SEKOLAH/ORANG AWAM
PROGRAM : OFFICE APPLICATION/PHOTO EDITING/PC ASSEMBLY DAN WEB DESIGN
MASA :SABTU & AHAD
KAPASITI: 10 ORANG
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :
AZHARI HJ SALLEH NO 42
Sunday, 10 April 2011
Memo 1
1) Kutipan yuran bulanan penduduk Taman Sri Aman Jln Sg Long 32/154 telah ditetapkan sebanyak RM15 sebulan. Sehubungan itu mohon kerjasama pihak tuan untuk membayar yuran tersebut kepada bendahari sebelum 15hb setiap bulan. Yuran bulanan akan bermula pada bulan April. Bendahari taman ini adalah En Othman (No 26) - wakil bendahari dan juga Timb Bendahari Pn Rahimah (No 8).
2) Mohon kerjasama semua penduduk untuk mendaftar dan membayar keahlian khairat kematian penduduk Kg Bkt Naga . Borang pendaftaran khairat kematian boleh diperolehi dari rumah Timb Pengerusi En Mohd Sairi (No 47) dan dihantar kepada AJK biro Kebajikan/Sukan untuk tindakan. AJK Biro Kebajikan/Sukan adalah seperti berikut: En Sobri (No 45) Ketua, En Farul Izwan (No 49) Timb Ketua, En Zairi Sheir (No 4), En Mohd Redzuan (No 41), En Abdullah (No 7) dan juga En Abdul Rahman (No 43)
Setiausaha Taman
Azhari bin Hj Salleh
2) Mohon kerjasama semua penduduk untuk mendaftar dan membayar keahlian khairat kematian penduduk Kg Bkt Naga . Borang pendaftaran khairat kematian boleh diperolehi dari rumah Timb Pengerusi En Mohd Sairi (No 47) dan dihantar kepada AJK biro Kebajikan/Sukan untuk tindakan. AJK Biro Kebajikan/Sukan adalah seperti berikut: En Sobri (No 45) Ketua, En Farul Izwan (No 49) Timb Ketua, En Zairi Sheir (No 4), En Mohd Redzuan (No 41), En Abdullah (No 7) dan juga En Abdul Rahman (No 43)
Setiausaha Taman
Azhari bin Hj Salleh
Saturday, 9 April 2011
Persatuan Penduduk Tmn Sri Aman
Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Penduduk Taman Sri Aman Bkt Naga Shah Alam. Tujuan blog ini adalah untuk memberi info dan maklumat berkaitan aktiviti atau program yang dijalankan oleh Jawatankuasa Taman yang baru ditubuhkan pada Mac 2011. Taman Sri Aman ini telah dihuni oleh penduduk bermula pada bulan Disember 2010 yang lalu dan mempunyai sebanyak 47 buah rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)