Sunday, 15 January 2012
Aduan Kerosakan Sebelum Tempoh Jaminan Berakhir
url utk aduan kerosakan....http://
Pertandingan badminton tertutup taman sri aman 2012....
Pertandingan badminton tertutup taman sri aman 2012....
tempat : dewan (masih dalam rancangan dewan bukit naga atau dewan adtec
tarikh : 4&5 / 2 / 2012
...
masa : malam
kategori : beregu lelaki & beregu perempuan.....
*regu akan dipilih secara undian...
*pertandingan diadakan secara liga berkumpulan...
* usia tidak diambilkira (tua atau muda balon aja)...
*yuran penyertaan seorang pemain rm10 ajeee.....
*tarikh tutup pada 1/2/2012
*harap para shabat boleh meletakkan nama anda yg ingin menyertai pertandingan ini di ruangan komen ok....
* sebarang pertanyaan boleh diajukan diruangan FB taman sri aman atau pada anak bongsu abg omar ok.....
majulah sukan untuk negara....
Urusetia biro sukan (En Azzam)
Saturday, 7 January 2012
Memo Edaran Januari 2012
1) Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2012 kutipan yuran bulanan penduduk Taman Sri Aman Jln Sg Long 32/154 akan dikurangkan kepada RM10 sebulan. Sehubungan itu mohon kerjasama pihak tuan untuk membayar yuran yang masih tertunggak bagi tahun 2011 kepada bendahari dengan kadar segera. Kadar yuran bagi tahun 2011 masih dikekalkan kepada RM 15 sebulan. Bendahari taman ini adalah En Othman @ Man Pest (No 26) dan juga Pn Rahimah (No 8).
2) AJK Taman Sri Aman juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 semoga aktiviti bagi tahun ini mendapat kerjasama dan sambutan dari semua penduduk taman ini. Sekian terima kasih.
Setiausaha taman
Cadangan Design Sticker Kenderaan Taman Sri Aman
Dilampirkan adalah cadangan sticker kenderaan yang akan digunakan bagi semua kenderaan penduduk. Pelaksanaannya akan di maklumkan kemudian.
Setiausaha taman
Selamat Tahun Baru 2012
Pihak Jawatankuasa Penduduk Sri Aman ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua penduduk taman ini. Harapan JK semoga pada tahun 2012 ini semua aktiviti yang akan dianjurkan akan mendapat sambutan dan kerjasama semua penduduk.
Terima kasih
Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)